Saturday, January 28, 2012

Kata-Kata Aluan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ahli Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi di seluruh Malaysia. Ini merupakan blog rasmi Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Universiti Teknologi Mara Kampus Dungun. Blog ini akan menempatkan pelbagai informasi terkini perjalanan silat cekak Hanafi UiTM Dungun. Dalam usaha sama menarik lebih ramai ahli baru untuk mengembangkan seni pusaka budaya bangsa Melayu di Malaysia khususnya di UiTM Dungun Terengganu. Harapan kami supaya dapat menerima sokongan daripada ahli-ahli di seluruh Malaysia agar dapat membantu kami dalam menjalankan tugas untuk memperjuangkan perjuangan yang ditinggalkan oleh Almarhum Ustaz haji Hanafi bin Haji Ahmad yang kini diwarisi oleh anak beliau iaitu YM Sheikh Haji Md. Radzi Haji Hanafi Al-Qadahi. Semoga dengan terbinanya blog ini dapat memudahkan kami untuk terus  berjalan meneruskan usaha untuk mencapai sasaran 50,000 pesilat pada tahun 2015 nanti insyaALLAH.