Pewaris Mutlak Silat Cekak


YM SHEIKH HJ MD RADZI HJ HANAFI AL-QADAHI


Mandat sebagai Guru Utama Silat Cekak Hanafi yang diterima oleh YM Sheikh Hj Md Radzi Hj Hanafi Al-Qadahi pada 19Mei 1993 serta tertubuhnya Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia pada 5 Ogos 1994 telah mempertaut semangat juang meneruskan amanah bangsa menerajui serta memperkembangkan seni pusaka bangsa yang tidak ternilai mutunya . Penyerahan mandate itu telah diperakui kesahihannya oleh Majlis Muafakat Tertinggi (MMT) Silat Cekak pada 21 Mei 1993 manakala pengisytiharannya sebagai Guru Utama Silat Cekak disempurnakan pada 23 Mei 1993 dengan disaksikan oleh pendukung Silat Cekak dari seluruh negara. Selepas itu beliau diminta untuk menubuhkan dan menjadi pengerusi Lembaga Pelajaran dan Tatatertib , satu badan tertinggi persilatan , Silat Cekak Hanafi .

Bak kata pepatah , “Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak kenasi” . Perumpamaan orang melayu itu tepat bagi beliau . Dengan ini beliau dapat mengorak langkah lebih jauh dalam usaha meneruskan perjuangan dan cita-cita bapanya untuk mendaulatkan seni pusaka bangsa melayu . Anak keempat Allahyarham Ustaz Hanafi Haji Ahmad dan Puan Hajjah Maimunah binti Othman ini telah dilahirkan pada 3 Ogos 1961 di Batu 3 ¾, Jalan Gunung , Alor Setar , Kedah Darul Aman. Mendapat pendidikan formal sekolah rendah dan menengah di Alor Setar dan Kuala Lumpur manakala pendidikan agamanya diterima daripada Allahyarham Ustaz Hanafi Hj Ahmad sendiri.

Beliau telah mempelajari Silat Cekak pada usia 18 tahun , iaitu peringkat umur yang dibenarkan untuk mempelajari Silat Cekak pada ketika itu . Kefahaman dan pendidikan agama diperolehi daripada bapanya sendiri. Memperolehi Sijil Rendah Silat Cekak pada tahun 1980 dan Sijil Menengah Silat Cekak pada 1987. Beliau turut memberi tumpuan terhadap usaha mempelajari bidang perubatan tradisional. Beliau  telah mendirikan rumahtangga dengan Puan Masita Mohd Salleh, yang berasal dari Kohor Bahru, Johor pada tahun 1990. Mereka kini dikurniakan 4 cahaya mata iaitu dua orang anak lelaki dan dua anak perempuan .

Pergaulannya yang lebih luas dengan ahli silat yang lebih dewasa , penelitian yang mendalam ketika Ustaz Hanafi Haji Ahmad mengajar silat ceka dan pembabitannya dalam kebanyakkan aktiviti SIlat Cekak sejak kecil, memupuk minat dan penghayatan beliau terhadap dunia persilatan .

Beliau mula berkhidmat secara sepenuh masa dalam kegiatan persilatan apabila menjadi tenaga pengajar Silat Cekak sejak 1981 . Beliau juga diberi kepercayaan menjadi penyelia kelas di Selangor , Terengganu dan Johor . Pengalaman ini memberi peluang kepadanya mempelajari hal ehwal pentadbiran dan pengurusan organisasi persilatan .

Tanggal 5 Ogos 1994 , Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia telah ditubuhkan . Peristiwa itu menjadi titik bermula era baru kepada perkembangan Seni Silat Cekak . Dalam mesyuarat Agung pertama pada 12 Disember 1994 ,  beliau  telah dipilih sebulat suara sebagai Presiden PSSCUHM . Perlantikan ini melayakkan beliau menjadi Pengerusi Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK). Pada masa yangs ama beliau kekal memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pelajaran Dan Tatatertib(LPT).

Dengan Tertubuhnya Silat Cekak Hanafi , beliau bersama pendukung Silat Cekak Hanafi yang setia dan komited berusaha meletakkan pergerakan silat ini berasaskan perjuangan Ustaz Hanafi yang tulen . Dalam usaha mengangkat martabat Silat Cekak Hanafi ke peringkat nasional , beliau mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menyatupadukan fikiran dan tenaga ahli bagi mengembangkan dan memajukan Silat Cekak Hanafi . Antara Stratergi beliau ialah menjadikan organisasi Silat Cekak Hanafi sebagai sebuah organisasi yang terancang dan mempunyai hala tuju (Misi dan Visi) menjelang tahun 2001 . Dalam perancangan tersebut , tumpuan telah diberikan kepada 4 elemen pembangunan yang utama –budaya, sumber manusia , kewangan dan hartanah . Selaku pewaris perjuangan Allahyarham Ustaz Hanafi Haji Ahmad , Beliau amat yakin Silat Cekak Hanafi dapat diperkembangkan dan dimajukan bersesuaian dengan kehendak semasa .

Melalui kepimpinan   YM Sheikh Hj Md Radzi Hj Hanafi Al-Qadahi   , kini Silat Cekak Hanafi telah melebarkan sayapnya hamper diseluruh negara .

Harapan beliau adalah untuk mengumpulkan seramai 50,000 pesilat Silat Cekak Hanafi pada tahun 2015 selaras dengan slogan Satu Suara Satu Hati.

No comments:

Post a Comment